PELAKON Sharifah Sakinah mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan rumah tangga mereka sedang dilanda masalah.
Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, hubungan jarak jauh antara punca dia memilih untuk berpisah dengan Michael.
Mohon juga :Cara Semak Bayaran RM 700
Baca juga : Bantuan RM 300 Untuk Budak Sekolah
Dedahnya lagi, sepanjang tiga tahun bersama pemuda berasal dari Sweden itu, hubungan mereka sering dilanda badai malah dia juga berhasrat untuk tidak lagi berulang-alik dari Malaysia ke negara itu kerana ia memenatkan.
“Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini.
“Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.
“Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya.
Terdahulu, Sakinah mengejutkan peminat apabila memberi bayangan seolah-olah perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir apabila membuat hantaran mengenainya di Instagram miliknya pada Khamis lalu.
Mengulas mengenai luahannya itu, Sakinah berkata, dia berbuat demikian agar tidak timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini.