[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan

Selebriti terkenal Neelofa terkenal dengan sikapnya yang suka mencari dan mendalami ilmu. Tidak hairan la, kisah penghijrahan Neelofa sering menjadi contoh dan inspirasi kepada individu yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Ketika menghadiri Festival Sunnah 2022 di Kedah minggu lalu, Neelofa, 33, menjawab soalan mengenai istiqamah yang dilakukan sejak dua tahun lalu.

Baca Juga:

Rayuan ditutup minggu depan: Ini tarikh pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh RM600 ~ Mohon Disini Sekarang !

Cara Semak Bayaran RM 700

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Bantuan RM 300 Untuk Budak Sekolah

Menurut pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu, dia menyatakan cara untuk terus istiqamah dalam agama adalah dengan kekerasan. Bekas pengacara program MeleTOP itu mengakui untuk terus tegak dalam soal agama bukanlah sesuatu yang mudah.

Orang tanya saya, istiqamah macam mana caranya ialah paksaan, tidak ada jalan lain. Terpaksa, contohnya kena dengar ceramah di YouTube, itu yang paling senang, tak perlu keluar rumah.

Paksa buka Quran, paksa baca tafsir. Malas nak baca Quran, boleh baca tafsir dalam hati.

Al-Quran adalah satu perkara yang sangat istimewa di mana kadangkala membaca tafsir pun boleh mengubah hati manusia. Jadi, paksalah!

Nak berzikir pun, kalau dulu 100, 1000 kali, sekejap sahaja. Sekarang dah tak ada. Jadi, anda perlu mencari tasbih, anda perlu melakukan usaha itu.

Istiqamah adalah perkara yang paling sukar untuk ditanya. Nak pakai tudung senang, kita decide nak pakai tudung. Kami mohon doa untuk kami berhijab.

Sokongan suami

Dalam pada itu, usahawan terkenal itu berkata, dia turut mendapat sokongan dan dorongan daripada suami tercinta, pendakwah bebas, Haris Ismail dan rakan terdekat.

Pada tahun 2020, Neelofa mengambil keputusan untuk berniqab dalam usaha meningkatkan keperibadiannya pada hari-hari mendatang.

Neelofa berkahwin dengan PU Riz atau Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

×
Scroll to Top