Sebut sahaja nama pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, sudah tentu ramai yang mengenalinya. Aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 2008, Nabil Ahmad masih popular dan digemari peminat dan netizen.
Pengacara rancangan Gegar Vaganza itu bagaimanapun baru-baru ini menarik perhatian netizen dan menjadi perbualan mereka selepas dia dirakam oleh individu dipercayai rakannya di sebuah restoran.
Menerusi rakaman video pendek ini, Nabil Ahmad dan pelakon serta suami kepada Sharifah Shahirah, Ijoy, turut berada di situ dan dilihat seronok berbual. Sementara menurut pemilik akaun ini, difahamkan restoran tempat Nabil Ahmad melepak dengan beberapa individu ini adalah bekas tempat kerjanya sebelum bekerja sebagai penghantar.
Bagaimanapun, dalam perkongsian ini, dia turut memuji sikap Nabil Ahmad yang merendah diri di mana apa yang dilihat di kaca televisyen, begitu juga dengan dirinya di luar.
“Ape yang kau tengok dalam TV macam tu la Nabil depan depan,” ujar pemilik akaun bernama paanaerox itu dan ternyata warganet dan peminat Nabil Ahmad juga mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsikan sikap Nabil Ahmad yang bukan hanya tidak sombong malah humble dari dahulu sehingga sekarang.