Semalam, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun.
Malah, kedua-dua pasangan sejoli itu turut melangsungkan majlis perkahwinan malam tadi yang dihadiri keluarga, saudara mara dan juga rakan artis.
Baca Juga:
Pun begitu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @piyaasoff di laman TikToknya, kelihatan Sweet bersama beberapa wanita yang lain sedang asyik menari ketika majlis berkenaan berlangsung.
Semalam, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun.
Malah, kedua-dua pasangan sejoli itu turut melangsungkan majlis perkahwinan malam tadi yang dihadiri keluarga, saudara mara dan juga rakan artis.
Pun begitu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @piyaasoff di laman TikTok miliknya, kelihatan Sweet bersama beberapa wanita lain sedang menari ketika acara itu berlangsung.
Perlu ke macam ni? Dapat berkat tak?
Bagaimanapun, tindakan pelakon berusia 25 tahun itu mengundang pelbagai reaksi dan kritikan ramai yang mempersoalkan tindakannya itu tidak wajar dilakukan untuk mendapat restu majlis.
Malah, ada juga yang menganggap perkahwinan Sweet dan Adam terlalu ala barat dan melahirkan rasa sedih apabila melihat cara pasangan selebriti itu meraikan perkahwinan mereka.
Biarlah Sweet nak bahagia, itu hak dia
Namun begitu, di sebalik kritikan dan kecaman netizen, ada yang beranggapan tarian yang dipersembahkan oleh Sweet tidak keterlaluan dan dia berhak untuk bergembira sepanjang majlisnya.