Nak Berlakon Bawah A. Aida, Wajib Ada Paras Rupa

Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida berkata, dia tidak kisah dikritik netizen mahupun penggiat seni asalkan mengekalkan tahap penampilan sebagai elemen penting dalam bergelar pelakon.

Memetik Utusan Online, Aida berkata dia berhak bercakap secara tertutup walaupun kenyataannya mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak dan tidak bersetuju.

“Tak kisahlah orang nak kata atau tegur apa, bagi saya muka sekata. Nak berlakon dengan saya kena cantik dan kacak. Bonus kalau cergas. Pelakon muda pun satu. daripada kriteria tersebut.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Selain skrip yang bagus, kriteria penting dan wajib ialah rupa paras. Itu formula saya menghasilkan drama yang mendapat tontonan ramai. Saya kata wajib kerana formula itu berjaya,” katanya.

Terdahulu, terdapat segelintir artis yang mengecam kenyataan A. Aida yang membidas kenyataan penerbit yang hanya melihat penampilan seorang pelakon dan meletakkan penampilan seorang pelakon sebagai ‘resepi’ utama kejayaan sesebuah karya. .

Malah, pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud berkata, kenyataan penerbit itu seolah-olah menghina ciptaan Tuhan kerana ramai individu berbakat melebihi paras rupa.

×
Scroll to Top