Anak mahu ibu tiri, Shuib mula buka hati – “Wanita tu biarlah ada sifat keibuan”

Seorang pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan hasrat anak-anaknya agar seorang wanita menyayangi mereka seperti seorang ibu.

Memetik laporan Astro Gempak, ahli perniagaan berusia 38 tahun itu mengakui empat anaknya memerlukan peneman selepas kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin.

“Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka.
“Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.
“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan…
“…dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” kata pemilik nama Shahmira Muhammad itu baru-baru ini

Susulan itu, Shuib berkongsi perasaan seolah-olah sudah mula terbuka hati untuk mencari individu istimewa agar dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Namun, dia tidak melihat ciri-ciri wanita idaman, sebaliknya meletakkan kebahagiaan anak-anak sebagai perkara utama.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 akibat wabak Covid-19 selepas melahirkan anak keempat melalui pembedahan.

Arwah meninggalkan Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.

×
Scroll to Top