Borang Mohon PPRT – Seluruh Malaysia

Borang Mohon PPRT. Terdapat pelbagai bantuan yang telah dilancarkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Adakah awak tahu? Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini menyasarkan mereka yang ingin membina rumah baru atau mengubahsuai rumah untuk didiami dan memerlukan bantuan.

Bantuan PPRT

Permohonan Bantuan Pprt Diberi Keutamaan Kepada Kumpulan Berikut:

  1. Orang Kurang Upaya – Oku
  2. Mangsa Bencana Alam Berskala Kecil
  3. Warga Emas
  4. Bapa Tunggal Atau Ibu Yang Mempunyai Keluarga Besar Untuk Bergantung
  5. Keutamaan Pelaksanaan Program Ini Adalah Bagi Daerah Dan Negeri Yang Mempunyai Kadar Kemiskinan Yang Tinggi.

Jenis Kategori Rumah PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

1) Baik Pulih

A) Pembaikan Rumah Melibatkan 3 Elemen Penting
-Penambahbaikan
-Penyelenggaraan
-Permintaan

B) Syarat-syarat Program Bantuan Pembaikan Rumah
-Bantuan Akan Diberikan Kepada Individu Yang Mempunyai Rumah Yang Uzur Atau Rosak Akibat Bencana Dan Masih Boleh Dibaiki.
-Mendapat Surat Kebenaran Kes Menaiki Tanah Daripada Pemilik.

2) Bina Baru

Bantuan Pembinaan Rumah Baharu Akan Diberikan Kepada Individu Yang Tidak Mempunyai Rumah Sendiri Atau Rumah Yang Didiami Terlalu Lama Dan Tidak Selamat Untuk Didiami.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pengenalan PPRT

Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin dan miskin teruk dengan membaiki atau membina rumah baharu bagi menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Cara Membuat Permohonan Secara Online

Jika Anda Memenuhi Syarat Kelayakan Dan Ingin Membuat Permohonan, Di Bawah Telah Disediakan Cara Memohon Pprt :

  • Sila Layari Portal Rasmi Espkr – Di Sini
  • Kemudian Tekan Butang “Program Perumahan Rakyat Miskin” Di Halaman Utama
  • Sila Lengkapkan Maklumat Yang Anda Perlukan Di Ruangan Yang Disediakan
  • Selepas Selesai Mengisi, Tekan “Hantar Permohonan”

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

  1. Talian Khas : 03 8000 8000
  2. E-mel : [email protected]

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Mohon Juga :

 

×
Scroll to Top