borang bantuan awal persekolahan. Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Diberikan Kepada Semua Pelajar Tanpa Had Pendapatan Ibu Bapa Pada Januari 2023. Perdana Menteri Dan Juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim Berkata, Bantuan Itu Akan Disalurkan Mulai Januari 2023.
Beliau Mencadangkan Perkara Itu Ketika Membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022 Di Dewan Rakyat, Hari Ini.
Bagi Mengatasi Isu Generasi Tercicir Akibat Pandemik Covid-19, Beliau Berkata, Kerajaan Bersetuju Untuk Mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan Bernilai Rm150 Kepada Semua Pelajar, Tanpa Mengira Had Pendapatan Ibu Bapa, Pada Januari 2023.
Katanya, Adalah Penting Untuk Menyediakan Pelajar Dengan Peralatan Sekolah Yang Sesuai, Selain Keperluan Perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan (Rmt) Dan Pembelian Buku Teks.
Berikut Dikongsikan Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Awal Persekolahan Secara Umum.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (Bap) Mula Diperkenalkan Pada 2012 Bertujuan Meringankan Beban Perbelanjaan Persekolahan Anak-anak Yang Ditanggung Oleh Ibu Bapa Atau Penjaga Terutama Pada Awal Tahun.
Sebelum Ini, Bantuan Ini Diberikan Kepada Pelajar Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 Atau Yang Setaraf Dengannya Daripada Keluarga Berpendapatan Isi Rumah Kasar Rm3,000.00 Dan Ke Bawah.
Dalam Bajet 2023 Sebelum Ini, Kerajaan Telah Mengumumkan Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Kepada Semua Pelajar Tanpa Mengira Had Pendapatan Dan Cadangan Ini Diteruskan Oleh Kerajaan Perpaduan Pimpinan Pm Anwar Ibrahim.
Kadar Bantuan
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian Bap Kepada Pelajar Adalah Berdasarkan Kriteria Berikut:
- Pelajar Warganegara Malaysia (Mesti Dibuktikan Dengan Sijil Kelahiran/mykid/mykad Yang Disahkan Atau Apa-apa Dokumen Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
- Pelajar Dari Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 Atau Setaraf Yang Berasal Dari Tanpa Mengira Had Pendapatan.
- Bantuan Ini Diberikan Kepada Pelajar Yang Bersekolah Di Sekolah Kerajaan (Sk), Sekolah Bantuan Kerajaan (Sbk), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri Dan Sekolah Swasta (Selain Sekolah Antarabangsa).
Kaedah Penyaluran Bayaran
Bantuan Akan Disalurkan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) Secara Berperingkat Terus Kepada;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan Sekolah (Kwk); Atau
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (Ppd) Bagi Sekolah Yang Tidak Mempunyai Akaun Kwk
- Agihan Bantuan Awal Persekolahan Dibuat Sama Ada Melalui:
Tunai; Atau - Dipindahkan Terus Ke Akaun Bank Pelajar
Cara Permohonan
Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.
Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Selain itu, permohonan secara manual juga dibuat melalui borang berikut:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)
- Dapatkan borang permohonan DI SINI
BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)
- Dapatkan borang pengesahan DI SINI
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.
NOTA:
Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.
- Borang PB1 : ( Borang permohonan)
- Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)
BORANG PB 1
BORANG PB 2
Maklumat Lanjut
- Klik DI SINI
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Mohon juga :