Tarikh Dan Jumlah Bayaran BTR Fasa 1 Diumumkan. Bantuan Tunai Rakyat RM300 Disalurkan Bermula Januari. Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu.
Bantuan Fasa 1 tersebut akan disalur bermula Januari 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Setiap Isi Rumah Akan Menerima Bantuan Tunai Rakyat RM300
Menurutnya, setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100. “Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.
“Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir,” katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Kerajaan Akan Bentang Semula Bajet 2023 Bermula Februari Depan
Di samping itu, Kerajaan Perpaduan Malaysia akan membentangkan semula Bajet 2023 yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh prestasi ekonomi pada Februari depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bajet itu akan dibentangkan sendiri olehnya nanti.
“Seiring dalam usaha menangani cabaran kos sara hidup yang kian meningkat, kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar.
Hal ini bagi melindungi rakyat susah serta pengusaha kecil.
Disamping, mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan mahakaya dan syarikat gergasi yang meraih keuntungan yang banyak.
“Sistem perlindungan sosial juga akan diperkukuh bagi melindungi golongan rentan dan mudah terjejas, termasuk golongan pekerja informal,” katanya.
SUMBER : HMetro
Mohon juga :
- TERKINI : Pencarum Ada Baki Mencukupi Untuk Pengeluaran KWSP Bersasar
- RASMI : Senarai Penerima Bantuan Tunai RM 300
- Pengeluaran Khas KWSP Kini Boleh Dikeluarkan – Secara Bersasar
- Cara Mohon Bantuan E-Wallet RM 300 Setiap Bulan
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021