Bantuan EFS RM1000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

Bantuan EFS RM1000 Untuk Anak Yang Baru Lahir. Tahukah anda kerajaan Negeri Sarawak melalui kementerian wanita, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat telah menubuhkan tabung khas untuk kanak-kanak kelahiran sarawak yang dinamakan bantuan efs (tabung wakaf sarawak) bagi tahun 2023.

Bantuan EFS 2023

EFS ialah tabung simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal untuk perniagaan kecil-kecilan.

Jumlah Bantuan Anak Sarawak

Jumlah bantuan yang akan diberikan khususnya kepada anak-anak sarawak ialah rm1,000 dalam bentuk simpanan.


Jika anak anda telah mencapai umur 18 tahun, anda boleh mengeluarkan wang di cawangan bank islam yang berhampiran hanya dengan membawa mykad anda.

Syarat Kelayakan Bantuan EFS

Berikut ialah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak.
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang mykad adalah berstatus “K”; dan (iv) permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Bagi kategori Anak Angkat:

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang mykad berstatus “K”.
  • Mempunyai sijil anak angkat yang sah.

Cara Memohon Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (jpn) di negeri sarawak dengan membawa:

  • Borang Permohonan EFS
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan Mykad/Biometrik ibu atau bapa berstatus “K”.

**salinan perlu disahkan oleh pegawai JPN.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, lawati laman web https://isarawakcare.sarawak.gov.my/ atau hubungi talian KPWKK di 082-442050.

×
Scroll to Top