Permohonan Bantuan ESHND RM250 Sebulan Telah Diumumkan

Bantuan ESHND RM250. Kini pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai kementerian atau jabatan persekutuan atau negeri yang dipertingkatkan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Elaun Sara Hidup Nelayan Darat(ESHND).

Berikut ialah maklumat lanjut tentang bantuan ini.

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)

ESHN ialah bantuan bulanan yang diberikan kepada pemilik individu kapal nelayan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas kapal berlesen. Ini bertujuan membantu nelayan mengurangkan beban dalam menghadapi tekanan ekonomi akibat peningkatan kos sara hidup.

Kadar Bantuan ESHND

Kadar bantuan ESHND yang diberikan adalah sebanyak RM250 sebulan kepada penerima yang layak.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Warganegara Malaysia (Mykad Biru)
  • Dapatkan pengesahan daripada pengerusi JKKK, JPKK, JKKPK, MPKK, JKOA atau ketua badan komuniti nelayan tempatan yang ditubuhkan di bawah seliaan jabatan perikanan Malaysia Semenanjung malaysia, jabatan pertanian Sarawak dan jabatan perikanan Sabah bagi Sabah.
  • Ketua keluarga atau salah seorang ahli keluarga yang menjalankan aktiviti memancing.
  • Nelayan darat tulen.

Definisi Nelayan Darat Tulen

Berikut merupakan deifinisi nelayan darat tulen:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berpengalaman dalam memancing di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan perairan awam lain)
  • Menjalankan aktiviti memancing tidak kurang daripada 25 hari sebulan
  • Sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah pendapatan adalah daripada jumlah pendapatan
  • Tidak ada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
  • Bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing daripada aadk
  • Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
  • Mempunyai peralatan menangkap ikan atau lesen kapal atau berdaftar secara pentadbiran dengan jabatan perikanan malaysia bagi semenanjung malaysia, jabatan pertanian Sarawak dan jabatan perikanan Sabah bagi Sabah.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Perikanan Daerah berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan.

Dokumen Berkaitan:

  • Salinan mykad
  • Salinan peralatan menangkap ikan atau lesen bot yang masih sah untuk nelayan yang sudah mempunyai lesen
  • Salinan borang pendaftaran dan penjejak nelayan pedalaman
  • Salinan agrobank atau buku akaun bank yang berkaitan jika tiada perkhidmatan agrobank di lokasi tersebut
  • Gambar pemohon
  • Dokumen sokongan lain (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ESHND boleh layari laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top