Pengeluaran KWSP Wajar Dibenarkan Kerana Itu Duit Kami

Pengeluaran KWSP Wajar Dibenarkan Kerana Itu Duit Kami. Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Pengeluaran KWSP Wajar Dibenarkan Kerana Itu Duit Kami

Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan agar mempertimbangkan permohonan pencarum yang terpaksa membuat pengeluaran KWSP. – NSTP/Aswadi Alias

KUALA SELANGOR: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, meminta kerajaan agar mempertimbangkan permohonan pencarum yang terpaksa membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Kuala Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) itu berpandangan, langkah itu wajar bagi isi rumah yang benar-benar memerlukan serta berdepan krisis kewangan, meskipun golongan M40.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, ia harus dilaksanakan secara bersasar dengan syarat amat ketat.

“Kalau ketua isi rumah benar-benar memerlukan dan mempunyai simpanan dalam KWSP, ia adalah wajar kerana duit itu adalah wang mereka.

“Apabila mereka memerlukan, kita (perlu) benarkan tetapi kita mesti sasarkan mereka dengan syarat yang sangat ketat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Hijau Lestari sempena penanaman 25,223 pokok siantan di Taman Hutan, Bandar Hillpark, Puncak Alam, di sini, hari ini

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

Namun, Dr Dzulkefly berkata, cara itu masih tidak akan menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh, sebaliknya kerajaan perlu mengambil langkah lebih mampan dan ke hadapan dalam menanganinya.

“Saya rasa ada ihsan serta belasnya rahmah Kerajaan Madani untuk mengizinkan ini, dan ia tidak boleh dijadikan suatu yang bersifat ‘across the board’.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Saya tidak menyokong apapun langkah mengorbankan simpanan usia tua.

“Jika itu menjimatkan atau lebih daripada itu, adalah penting untuk mereka mengatasi masalah krisis kewangan semasa,” katanya.

Dalam Pembentangan Belajanwan 2023 di Dewan Rakyat, semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan dividen untuk pencarum daripada golongan miskin dan sederhana, akan dikurangkan sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran kwsp bagi mereka yang kaya dan berkemampuan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu membuat pilihan antara membenarkan pengeluaran khas KWSP kali kelima, atau membantu pencarum yang hampir bersara tetapi mempunyai simpanan kurang RM10,000.

Beliau menegaskan, jika kerajaan bersetuju dengan langkah populis membenarkan pengeluaran KWSP, golongan miskin dan menengah yang akhirnya akan menanggung kerugian.

Perdana Menteri kemudian mengumumkan kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak rm500 ke dalam simpanan akaun 1 kwsp bagi pencarum berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada rm10,000 dalam akaun tersebut.

Bagi tujuan itu, Anwar berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan.

Sumber: Berita Harian Online

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top