Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan Kurang Upaya. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan untuk golongan OKU yang bekerja bagi yang layak!
Jika anda, keluarga anda atau saudara mara adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja serta berdaftar dibawah JKM, anda boleh memohon untuk mendapatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
Bantuan EPOKU ini bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Syarat Kelayakan
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Pemegang kad OKU JKM
- Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
Cara memohon
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari – DISINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Pelbagai Inisiatif Hari Raya Aidilfitri Untuk Rakyat Malaysia – Semak Sekarang!
- Bantuan Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Kepada Ahli KWSP
- Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Setiap Bulan
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021