Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Kini Dibuka. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat
Program rumah mesra rakyat (RMR) dibawah kendalian SPNB adalah merupakan sebuah projek perumahan bagi golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah pertama sendiri dengan kos harga mampu milik.
Kepada mereka yang belum mempunyai rumah dan tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi boleh membuat permohonan. Baru-baru ini pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa syarat pendapatan bulanan pemohon yang boleh memohon adalah dibawah RM5,000 sebulan.
Kepada pemohon yang layak mendapatkan rumah mesra rakyat, secara automatik dapat subsidi pembinaan berjumlah RM20,000.
Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Panduan Permohonan
Permohonan rumah mesra rakyat (RMR) tahun 2023 kini dibuka secara online, kepada mereka yang belum ada rumah disarankan membuat permohonan untuk mendapatkan rumah sendiri. Panduan permohonan RMR telah disediakan di laman rasmi – https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
Dokumen Yang Diperlukan:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Kategori Yang Menerima Bayaran Bantuan STR RM3100 – Semak Sekarang!
- Bantuan Tambahan RM800 Untuk Semua Pekebun Kecil
- Pengeluaran Wang Khas Melalui e-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Mengikut Syarat
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021