Kategori Penerima Yang Layak Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan – Semak Sekarang

Kategori Penerima Yang Layak Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Bantuan Sara Hidup

Bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.

Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan kepada kategori penerima yang layak.

Program ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Syarat Kelayakan

Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran ESHN adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:

Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
  • Status subsidi minyak yang aktif

Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat

Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN:

  • Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja
  • Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan
  • Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja

Cara memohon

  • Permohonan Baharu Elaun Sara Hidup Nelayan
    • Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:
      • Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
      • Borang permohonan yang lengkap diisi
      • Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
      • Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
      • Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
      • Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
      • Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
      • Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
      • Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)
    • Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
    • Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
  • Pembaharuan Elaun Sara Hidup Nelayan
    • Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
    • Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
    • Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top