Insentif MyCRS 2023 Terbuka Kepada Golongan B40 & M40

Insentif MyCRS 2023 Terbuka Kepada Golongan B40 & M40. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Insentif MyCRS 2023

Insentif MyCRS 2023 merupakan satu program untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terbuka kepada KUMPULAN B40 dan M40.

Kerajaan meneruskan keprihatinan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak menerusi program MyCRS 2023.

Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian.

Oleh itu, diharapkan dengan program ini, penggunaan carseat dapat ditingkatkan di kalangan orang awam melalui insentif.

Jumlah Insentif MyCRS 2023

Melalui program ini, jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Syarat Kelayakan

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia
  4. Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

Cara Semakan Kelayakan MyCRS 2023

Anda boleh membuat seemakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan (rujuk gambar di bawah):

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

Cara Penebusan

Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

  • Salinan MyKad pemohon; DAN
  • MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
  • Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

Senarai Kedai / Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MyCRS 2023

Pembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar.

Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual.

Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dibuat.

Pembelian boleh dibuat di kedai-kedai barangan bayi yang berdaftar bagi program MyCRS. Senarai wakil penjual boleh di dapati di (http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp).

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top