Bantuan Khas Kerajaan RM300 & RM200 Mula Disalurkan Hari Ini. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Khas Kerajaan
Pada sidang majlis peluncuran ekonomi Madani memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan satu lagi inisiatif yang dikenali sebagai bantuan khas penghargaan (BKP).
Menerusi insentif tambahan ini, mereka yang berkelayakan akan menerima secara one-off bantuan RM200 dan RM300 ke dalam akaun bank. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat pada tahun ini.
Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk kewangan tersebut sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang sudah bertungkus lumus bekerja untuk negara Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, bantuan tersebut bakal memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan.
SYARAT KELAYAKAN
Mengenai syarat kelayakan untuk penerima bantuan tersebut pula, hanya penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sahaja layak untuk menerima bantuan.
Manakala bagi pesara kerajaan, hanya diberikan kepada pesara kerajaan termasuklah penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima veteren serta tidak berpencen.
Senarai Penerima
Berikut adalah kategori penerima bantuan RM300 dan RM200 :
- RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service2 dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
- RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen
Tarikh Pembayaran
Bantuan khas penghargaan ini diharapkan dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang terlibat. Pemberian bantuan ini direncanakan akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dari pengumuman Perdana Menteri. (Akan dibayar pada 10 Ogos ini) Tiada permohonan diperlukan.
- Bantuan Khas KWSP RM500 Untuk Pencarum Secara One-Off – Semak Sekarang!
- Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
- Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan – Semak Disini
- Rasmi : Bantuan Khas RM300 Akan Disalurkan Bermula 10 Ogos Ini – Semak Disini
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021