Terkini : Pengeluaran KWSP Penuh & Sebahagian Kini Dibenarkan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Pengeluaran Penuh KWSP
Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.
Pengeluaran Umur 55
Untuk makluman, setelah ahli mencapai umur 55 tahun caruman yang diterima ke dalam simpanan akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55. Ahli yang telah mencapai umur 55 boleh membuat pengeluaran secara sebahagian atau penuh simpanan pada bila-bila masa.
Hilang Upaya
Kemudahan pengeluaran ini amat penting, kepada ahli yang ditimpa kecelakaan atau musibah yang membabitkan keupayaan fizikal atau mental terjejas. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP simpanan dan layak menerima insentif RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya.
Persaraan Yang Selesa Bagi Penjawat Awam
Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) membolehkan ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf berpencen untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka.
Meninggalkan Negara
Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.
Kematian
Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
Pengeluaran Sebahagian KWSP
Pemohon berumur 50 tahun.
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
– Memiliki simpanan Wang KWSP
Tujuan untuk membina rumah
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur bawah 50 tahun.
– Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
– Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
– Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
– Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina – — Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.
Perumahan fleksibel
– Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
– Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
– Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.
Kesihatan
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
– Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
– Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
– Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.
Pendidikan
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
– Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
– Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
– Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi
– Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).
Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Di bawah umur 55 tahun.
– Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
– Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
– Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.
– Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
– Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
– Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.
Perumahan PR1MA
– Warganegara sahaja.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.
– Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
– Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran —— Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.
Simpanan melebihi RM 1 juta
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.
Beli rumah
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
– Ahli membeli rumah kediaman.
– Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
– Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.
Ansuran bulanan pinjaman perumahan
– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
– Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
– Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
– Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.
Haji
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
– Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
– Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.
Semak dan Cara Mohon
Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP secara sebahagian atau kesemua, anda boleh semak syarat kelayakan dan cara mohon secara online. Untuk permohonan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Tebus & Guna Kredit Percuma RM200 Sebelum 31 Ogos
- Bantuan RM1200 Akan Dibayar Sekaligus Kepada Keluarga B40 – Semak Disini
- Bantuan Am Kerajaan RM350 Dikreditkan Setiap Bulan – Mohon Sekarang!
- Bantuan Khas RM300 Telah Disalurkan Kepada Penerima – Semak Sekarang!
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021