Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE) – Semak Disini

Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE). Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Bantuan Tunai BWE

Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

Cara Memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program subsidi ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top