Azhar Sulaiman Dah Buntu Nak Nasihat Anak – Buat Saya Panas Bontot Hari2

Sebut saja nama Kasih Iris Leona, sememangnya ramai yang mengenali anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang sinonim dengan imejnya yang seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhar turut mengakui sudah buntu untuk menasihati anak gadisnya itu yang sering mencetuskan kontroversi.

Difahamkan, Azhar berkongsikan perkara itu menerusi satu perbualan bersama rakan pelakon Aida Aris yang diterjemah dalam bentuk dialog.

Menurut Azhar, dia sudah menasihati anak gadisnya itu namun semakin menjadi-jadi dan setiap hari membuatkan dirinya ‘panas bontot’ dengan isu Leona.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Aida turut memberi cadangan kepada Azhar untuk menggunakan kehebatannya sebagai pelakon untuk melembutkan hati anaknya, namun Azhar berkata pasti dia akan dikenakan semula.

“Kau cubalah slow talk dengan dia. Kau berlakonlah sedih sikit and cakap sampai hati you buat kat Daddy macam ni. Gunakan skil lakonan kau tu untuk pujuk dia,” kata Aida.

“Hmmmmm mana mau nyer kang dia cakap balik…. ‘adakah awak sedang berlakon dengan saya sekarang?’ Penat!,” balas Azhar.

Perkongsian Azhar itu membuatkan ramai terhibur dengan perbualan tersebut. Dalam pada itu, ramai yang meminta Azhar untuk terus berdoa buat anak gadisnya agar dilembutkan hati untuk mendengar nasihat.

×
Scroll to Top