Rasmi : Senarai Bantuan Berkenaan KWSP Pada Tahun 2023. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani ialah salah satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari tahun 2023. Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Perpaduan menunaikan janji apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain terbitan khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Rasmi : Senarai Bantuan Berkenaan KWSP Pada Tahun 2023
Berikut adalah senarai bantuan mengenai KWSP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023:
- Kerajaan bersetuju menambah caruman rm500 kepada 2 juta ahli ke dalam simpanan akaun 1 KWSP bagi pencarum berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang rm10,000.
- Kerajaan menaikkan nilai sumbangan padanan i-Saraan kepada RM300 berbanding RM250 sebelum ini.
- Mulai tahun 2024, aset simpanan syariah KWSP akan diasingkan sepenuhnya untuk memberikan pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang mempunyai akaun syariah.
Diharap rakyat dapat memanfaatkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya. Maklumat terkini semua inisiatif akan dikemas kini dari semasa ke semasa akan diberitahu.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) – Minimum SPM Kelayakan!
- Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bantuan STR Untuk Bujang Pendapatan Rendah
- Pengeluaran Wang Khas Melalui e-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Mengikut Syarat
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021