Terkini ! Bantuan Musim Tengkujuh RM 600 Kini Telah Dikreditkan

Cara Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA secara online oleh Lembaga Getah Malaysia LGM & ligs 2021 (e-BMT) dan tarikh bayaran bmt tahun 2021 sebanyak RM600 one off

Sememangnya mereka ini perlu dibantu. Sudahlah hari untuk menoreh yang boleh dalam 15 hari setiap bulan. Datang pula hujan, tidak dapat mereka turun untuk menoreh. Ya, walaupun hujan itu adalah rahmat, tetapi anak bini, keluarga dan dapur juga perlu berasap.

Berapalah yang boleh diperolehi mereka jikalau situasi hujan terus berterusan teruatamanya menjelang hujung tahun dari November, Disember mungkin menginjak ke awal bukan Januari.

Atas dasar ini, kami merasakan berita ini adalah sesuatu yang mengembirakan kalangan pekebun dan juga penanam getah. Dapat dilihatkan berdasarkan pengumuman tentang satu bantuan apa yang dipanggil sebagai Semakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT

Semakan BMT 2021 Bantuan Musim Tengkujuh

Bagi memudahkan anda buat permohonan online dan dapat duit bantuan semasa tarikh bayaran bmt 2021, Lembaga Getah Malaysia LGM & LIGS telah bangunkan sistem online di link pautan ini, https://bmt.risda.gov.my login semakan status kelulusan, lulus atau tidak

Anda juga boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Getah Malaysia untuk dapatkan borang permohonan dan lengkapkan butiran yang diperlukan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

 

Selepas itu anda boleh mula nantikan semakan keputusan samada lulus atau tidak yang mana anda boleh semak dan check melalui pautan di jadual atas.

Jangan ada yang terkelirunya, bantuan ini tidak sama dengan tawaran bantuan risda ini. Anda boleh mohon kedua-keduanya sekali.

Pastikan anda hantar daftar borang, kemaskini maklumat anda sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh pihak RISDA

Syarat Kelayakan BMT 2021

Tidak anda pemilik & pengusaha tanah / penoreh getah di Sabah Sarawak Kelantan Terengganu Johor Melaka Negeri Sembilan Pulau Pinang Penang Kedah Perlis Pahang Selangor Perak Labuan layak tuntut bantuan musim tengkujuh bmt 2021 jika melepasi syarat kelayakan di bawah.

  1. Pastikan anda daftar dengan pihak RISDA sehingga berjaya memiliki Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)
  2. Ataupun anda sudah pun daftar dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  3. Mestilah anda terdiri dari warganegara malaysia yang sah
    Jika anda pemilik / pengusaha kebun getah, pastikan keluasannya antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. Manakala yang hanya bekerja penoreh getah pastikan mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang sah dan menoreh di antara keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  5. Penoreh getah juga mesti ada surat kebenaran dari pemilik tanah kebun getah
  6. Penoreh getah hanya claim dan tuntut untuk 1 lot sahaja tanah sahaja

Tarikh Bayaran BMT 2021 Bantuan Musim Tengkujuh

Anda akan dapat pembayaran bantuan musim tengkujuh bmt dua kali iaitu untuk fasa 1 bulan November sebanyak RM300 dan fasa 2 pada bulan Disember dapat lagi RM300. Contoh bayaran Disember yang telah masuk seperti di bawah ini

Semakan Bantuan Lembaga Getah Malaysia

Butiran lanjut boleh tonton video berita terkini seperti di bawah ini

Soalan Lazim & FAQ

1) Apakah maksud penoreh getah bukan sebagai pemilik

Hanya bekerja sebagai penoreh getah tetapi bukan pemilik pada tanah da ladang tersebut

2) Apa itu maksud pemilik pekebun kecil getah

Ada tanah sendiri, ada kebun getah dan juga menguruskan kebun getah tersebut

3) Bagaimana untuk hubungi Hotline BMT Risda

Boleh hubungi di nombor, 03-42564022

4) Saya telah daftar, adakah saya perlu kemaskini bmt pada tahun 2021 ini?

Ya perlu

P/S : Terbukti pengumuman bantuan penoreh getah untuk tahun-tahun sebelum ini yang mana sejumlah lebih 200,000 penoreh getah dan juga yang mengusahakan kebun dan ladang getah mendapatkan bantuan penoreh getah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM300 yang telah diagihkan kepada yang layak Tahun 2021, jumlah itu naik sekali ganda. TERBAIK!

PP/S : Tarikh pembayaran bmt dari LGM & LIGS untuk bantuan musim tengkujuh ini sebanyak RM600 akan diselesaikan bayaran sebelum akhir tahun 2021.

×
Scroll to Top