Program Bantuan MyKasih Kapital ini merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu. sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk pelaksanaan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah terutamanya pada musim endemik ini.
Insentif ini merupakan bantuan asas modal perniagaan yang akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.
Program ini dijangka memanfaatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.
Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).
Jumlah Bantuan MyKasih Kapital
Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan.
Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Golongan wanita sahaja
- Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga
- Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian utama
- Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
- Berminat & bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
Cara Permohonan
Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
61200 Putrajaya
- Nombor telefon : 03 – 8323 2433
- Laman web : https://yknm.org.my/
Objektif
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
Mohon juga : Bantuan Terbaru RM 600 Untuk Semua Rakyat Malaysia