Bantuan Peranti Siswa Keluarga Malaysia. Sukacita dimaklumkan mengenai Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT telah dibuka bermula 15 April 2022 ini.
PerantiSiswa Keluarga Malaysia dengan menerusi Belanjawan 2022 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan untuk membantu pembelajaran secara maya atau hibrid bagi kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.
Inisiatif Kerajaan ini adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan juga dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terlebih terdahulu.
PENGENALAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini akan dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Pakej ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN
Yang layak untuk menerima tablet percuma ini adalah Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak untuk memohon inisiatif ini.
Bagi inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan juga ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
JENIS PERANTI YANG AKAN DIBEKALKAN
Untuk makluman, peranti yang akan dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti yang berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
TARIKH PENDAFTARAN
Tempoh pendaftaran dan juga permohonan pakej ini bermula pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
CARA MEMOHON
Diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Permohonan ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my bermula pada 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.
CARA SEMAKAN STATUS
Makluman bagi keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang telah berjaya.
TARIKH MENERIMA PERANTI
Pengagihan peranti akan bermula pada minggu kedua Jun ini, peranti akan diagihkan melalui dua sesi iaitu:
- Sesi pertama – yang membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data yang lengkap.
- Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
Pihak IPT akan diberikan taklimat lanjut oleh K-KOMM dan juga KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
TERMA & SYARAT
- Pemberian satu unit peranti untuk pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti yang berikut:
- Mestilah Warganegara Malaysia.
- Daripada kategori keluarga B40 yang pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah.
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
- Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan juga perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang telah ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
- Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
- menamatkan pengajian.
- berhenti pengajian.
- dibuang pengajian.
- menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara.
- melanggar syarat yang telah ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
- Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
- Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
- Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
- Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
- Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
- Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
- Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
- Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan PerantiSiswa, anda boleh e-melkan ke [email protected] atau dengan melalui talian yang berikut:
- 03-8911 5351
- 03-8911 5258
- 03-8911 5265
- 03-8911 5188
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga 6.00 petang (kecuali hari kelepasan am).
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu dan Ahad.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Mohon juga : Bayaran BKM Bujang Dan Berkeluarga Fasa 3 Sudah Dikreditkan Pada Pagi Ini
Mohon juga : Bantuan Khas Remaja Dan Belia RM 150 Bulan September