Bantuan RM 250 Secara One Off Negeri Pahang

Bantuan RM 250 Secara One Off Negeri Pahang. Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Selain itu , anda juga boleh semak sekarang bayaran bkm fasa 3 .

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) sebanyak RM250 secara ‘one-off’.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif;
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Bagaimanapun, permohonan ini tidak layak bagi mereka yang menepati ciri-ciri berikut:

  • Poligami;
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
  • Nikah tanpa kebenaran;
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang;
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan dengan mengisi borang permohonan IKPP dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen tersebut:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Ia seterusnya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

Maklumat terperinci berkenaan IKPP dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang – DI SINI.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Mohon juga : Permohonan Rumah RM 124 Sebulan – Mohon Sekarang!

Mohon juga : Bantuan Khas Remaja Dan Belia RM 150 Bulan September

×
Scroll to Top