Bantuan Sara Hidup YP RM 3000 Setahun – Tarikh Tutup 5 Oktober

Bantuan Sara Hidup YP RM 3000 Setahun . Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah Biasiswa IPT Yayasan Pahang (YP) Tahun 2022 yang melibatkan kadar penajaan sebanyak RM3,000 setahun kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim;
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-);
  • Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:
    • B40: Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
    • M40: Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851 – RM10,970/bulan.
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa;
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Cara Memohon

Kepaada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dilaksankan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Yayasan Pahang (YP) dengan memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Borang permohonan kemudiannya wajib dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum dihantar ke e-mel: [email protected].

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 OKTOBER 2022, RABU.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi YP atau DI SINI.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top