Semua orang mengimpikan untuk memiliki mertua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana antara individu terpilih untuk mendapatkan mertua yang mengambil berat tentang dirinya dan anak-anak.
Walaupun dilanda pergolakan rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, menantunya sentiasa berada di belakangnya sepenuhnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan bahawa bapa mertuanya, Datuk Yusof Haslam, tidak pernah lupa menghantar mesej sokongan dan semangat setiap minggu.
Puteri Sarah, 36, berkata, itu antara kekuatannya untuk tidak cepat berputus asa dalam meneruskan kehidupan.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.
Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Yusof Haslam yang juga pengarah dan penerbit terkenal bertegas dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail sekeluarga akan sentiasa bersama Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dilanda masalah kerana kehadiran Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengakui dia tidak lagi tinggal bersama Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.