“Bos saya suruh order” – Peniaga terkejut buka WhatsApp, pelanggan beli skirt banyak helai rupanya Dr Siti Hasmah

Menerima ulasan positif daripada pelanggan sememangnya sesuatu yang dinantikan oleh setiap peniaga.

Pujian atau ulasan positif produk yang diterima boleh menggembirakan penjual malah membuatkan mereka lebih bersemangat dalam berniaga.

Situasi ini dialami Hany Masniera Mazalan, 28, selepas mendapat ulasan positif produk yang dijual dan paling penting pelanggan yang memberi pujian itu adalah individu yang tidak dijangka.

Ketika dihubungi mStar, Hany yang merupakan peniaga pakaian wanita dalam talian berkata, dia terkejut selepas salah seorang pelanggannya tiba-tiba menghantar gambar Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melalui aplikasi WhatsApp.

Menerusi gambar itu, kelihatan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenyum sambil menggayakan skirt ‘pleated’ yang dijualnya yang ditempah pada 6 September lalu.

“Semasa mula-mula menerima tempahan, saya terkejut kerana dapat menempah sehingga 10 skirt sekali gus.

“Tetapi ketika itu saya belum tahu lagi pesanan yang saya dapat daripada Tun. Lagipun tiada permintaan jadi saya tidak tahu pun ia adalah pesanan daripada VVIP.

“Selepas dua atau tiga hari menghantar pesanan, PA (pembantu peribadi) Tun menghantar gambar itu kepada saya dan memberitahu Tun untuk memberi ulasan dan maklum balas kepada saya. Dia memberitahu bosnya (Tun) yang meminta untuk menempah skirt itu dari TikTok,” katanya yang mengakui teruja menerima foto tersebut.

Menurut Hany, dia juga dimaklumkan gambar itu dihantar kepadanya atas permintaan Dr Siti Hasmah sendiri kerana berpuas hati dengan skirt yang diterima.

Tangkap layar perbualan antara PA Dr Siti Hasmah bersama Hany.

Malah, isteri bekas perdana menteri itu turut mengucapkan terima kasih kerana memberikan sehelai baju sebagai ‘hadiah percuma’.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Selalunya memang saya akan bagi free gift untuk order yang banyak. Bila saya bagi kepada Tun, beliau siap share sekali gambar OOTD (outfit of the day) pakai baju percuma sekali dengan skirt tu.

“Menurut PA Tun, sebenarnya mereka dah cari skirt tu dekat kiosk tapi warna tak banyak jadi dia cuba cari secara online pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Apa pun memang saya terkedu macam tak percaya bila tengok gambar tu. Ini kali pertama dapat order daripada insan yang disegani. Serius tak sangka beliau sangat humble. Walaupun VVIP tetap support lokal dan bisnes kecil macam saya,” katanya sambil menambah skirt itu dijual pada harga RM30 sehelai.

Hany yang menguruskan perniagaan ini sejak 2014 menjelaskan, dia memiliki sebuah butik iaitu Butik The Sweethoney yang terletak di Pengkalan Kubor, Kelantan.

Hany yang kini hamil lima bulan menyifatkan tempahan yang diterima adalah rahmat buat bayi dalam kandungan.

Hany mengusahakan butik yang terletak di Pengkalan Kubor, Kelantan.

“Untuk jualan online, saya dah lama berniaga di Instagram dan Shopee tapi dekat TikTok baru saja dua bulan.

“Buat masa sekarang saya dan tiga orang pekerja uruskan semua jualan sebab saya tengah mengandung. Alhamdulillah saya anggap ni salah satu rezeki baby,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Baca juga : Janna Nick Mohon Maaf Akui Miming Di Pentas AIM23

×
Scroll to Top