Bila tiba musim perayaan , ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Bagi anda yang terasa nak makan ketupat atau mahu menjamu saudara mara dan sahabat handai yang datang beraya bole cuba hidangkan Ketupat Daun Pisang perkongsian saudara Hairul Hamid. Resepi ini antara yang paling mudah dan sedap yang boleh dicuba jadi tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati dan sedap dengan aroma daun pisang.
RESIPI KETUPAT DAUN PISANG PALING MUDAH
- 4 cawan beras pulut
- 2 biji kelapa (ambil santannya sahaja)
- 1 helai daun pandan (dipintal)
- Garam secukup rasa
- Daun pisang segar (dilayur diatas api)
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih beras pulut dan rendam selama 2 jam. Toskan hingga kering.
2. Kukus beras pulut bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam dan sehelai daun pandan. Kukus hingga masak atau separuh masak.
3. Biarkan pulut sejuk seketika sebelum dibalut dengan daun pisang supaya senang nak balut.
4. Bila dah siap balut, ikat dengan tali atau daun pandan. Lalu kukuskan sekali lagi selama 15 – 20 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama dengan rendang, serunding atau sambal tumis. Pasti sedap dan puas hati. Kalau xhabis bole simpan di dalam peti ais dan kukus lagi bile nak makan.