Cara Masak Kuah Kacang Paling Senang Dan Sesuai Untuk Yang First Time Yang Nak Cuba Masak.

Hidangan kuah kacang ni wajib ada bila raya dan selalunya ada apabila majlis makan-makan dan majlis keramaian. Tahun ni masih belom boleh balik kampung disebabkan PKP yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berwajib jadi kita belajarlah masak sendiri kuah kacang untuk makan dengan nasi impit.

Kalau nak senang boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Abdul Razak Abdul Rahim.  Resepi ni paling simple dan pastinya menjadi. Sesuai untuk yang baru first time nak cuba buat kuah kacang.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Resepi Kuah Kacang Simple:

-2 cawan kacang tanah -digoreng dan dikisar
-3 batang serai
-2 inci halia
-2 biji bawang merah(besar)
-Segenggam cili kering
-Asam jawa (pes pun boleh)
-Gula Melaka/gula biasa
-Garam

                                                     contoh kacang yang dikisar

Cara membuat:

1. Kisar serai halia,bawang merah, dan cili kering.

2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

3. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu. Masukkan sikit-sikit supaya tak terlebih masam.

4. Masukkan kacang goreng yang dikisar 2 cawan. Kalau tak pekat, tambah lagi.

5.Masukkan gula melaka atau gula biasa dan garam ikut suka hati. Kuah kacang sedap kalau manis

6. Masak lagi hingga pecah minyak.

SIAP!!!!

TIPS:

  • Nasi impit rebus dahulu pada sebelah malam supaya nasi impit cantik dan mudah untuk dipotong pada pagi esoknya. Kuah kacang bole buat awal tak apa, makin lama dipanaskan makin sedap danpekat kuahnya.
  • Kalau ada yang suka masuk udang kering, bole kisar udang kering bersama bahan-bahan lain tadi.
  • Kalau kuah jadi terlalu pekat, bole tambah air panas dan kacau sebati. Selamat mencuba ya..Bole juga dimakan bersama sate kalau rajin nak bakar sate. Lockdown ni banyak masa terluang, pelbagai resepi bole dicuba.
×
Scroll to Top