Gaji Penjawat Awam Dinaikkan. Gaji penjawat awam 2024 naik 15% dan 7% secara berfasa bermula 1 Disember 2024. Kerajaan setuju untuk melaksanakan pelarasan gaji bagi tahun 2024.
Baca Juga : Bantuan STR 3 Telah Dikreditkan
Gaji Penjawat Awam Naik 15% Dan 7%
Sebanyak 15 peratus gaji dinaikkan kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional secara berfasa bermula 1 Disember 2024.
Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji sebanyak 7 peratus juga dilaksanakan secara berfasa.
Tarikh Kenaikan Gaji 2024
Menurut Perdana Menteri, pemberian gaji akan diberikan secara berfaasa iaitu pada fasa 1, 1 Disember dan fasa 2 pada 1 Januari 2026.
Kenaikan Gaji 2024 Berfasa
Pegawai kumpulan pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelarasan gaji bagi fasa 1 adalah 8 peratus dan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus.
Kumpulan Pegawai Pengurusan tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 sebanyak 3 peratus.
Penjawat awam yang sedia berkhidmat akan diselaraskan gaji pada 1 Disember 2024.