Harga Emas Turun?? 7 Cara Nak Tahu Emas Palsu Atau Tulen Dan Elak Kena Tipu.

Harga Emas Turun Lagi, Beberapa Perkongsian Dan Ini 7 Cara Untuk Kenal Emas Palsu Dan Elakkan Di Tipu.

Emas merupakan aset penyelamat dan pelindung dikala kesempitan kerana pada amnya emas mudah dicairkan dalam bentuk tunai dan bole dijual dengan harag tinggi mengikut harga pasaran.Terkini, harga emas dipasaran mengalami kejatuhan harga dan ramai yang membelinya sebagai pelaburan pada masa akan datang.Menerusi beberapa perkongsian di facebook, ramai menasihati agar berhati-hati ketika membeli untuk mengelak emas palsu.

Ini tujuh cara untuk mengenali emas palsu atau tiruan untuk dijadikan panduan.

7 TIPS KENALI EMAS PALSU!

1. Uji Emas Dengan Magnet
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu kerana telah dicampur dengan logam lain untuk jadi lebih berat.

2. Lihat Emas Secara Visual
Emas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.

3. Gigit Emas
Dalam filem koboi selalu tunjukkan cara ini. Emas asli sebenarnya bersifat lembut maka akan ada kesan gigitan yang dalam apabila digigit.

4. Gores Emas Pada Seramik.
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika terdapat goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam maka ianya adalah asli.

KENALI PERBEZAAN EMAS PADU DAN EMAS KOSONG

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

5. Bawa Emas Ke Arrahnu.
Mereka mempunyai alat yang lengkap untuk menguji ketulenan emas. Minta pihak Arrahnu memeriksa dan mengesahkan keaslian emas tersebut.

6. Timbang Emas.
Jika emas jongkong, bar diatasnya akan ada tulisan berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam yang paling padu.

7. Beli Di Kedai atau Pada Trusted Seller.
Sebaiknya beli emas di kedai emas yang dikenali atau beli pada penjual online yang dipercayai kerana sekarang terlalu banyak scammer.

Kepada pada wanita diluar sana. Harga emas sedang turun sekarang. Inilah saatnya bergaya disamping bole menjadi aset untuk masa hadapan.

UJIAN YANG BOLE DILAKUKAN TERHADAP BARANG KEMAS ANDA!!!

Ujian cuka, emas akan bertukar menjadi warna gelap bila dimasukkan.

Ujian magnet, emas asli tidak akan melekat pada magnet.

Melihat secara visual cop simbol, jenama dan ketulenan emas.

Jadilah pengguna yang bijak untuk elak ditipu semasa membeli emas dan semasa menjual emas.

×
Scroll to Top