Baru-baru ini, penyanyi sensasi Ifa Raziah ada berkongsi video meluahkan rasa sebak dan terharu apabila akhirnya berpeluang bertemu pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Ifa berkata, dia sudah lama teringin bertemu khatib dan tidak menyangka dapat bertemu dalam satu majlis.
Namun lain pula ceritanya menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Ifa berkata dia berbangga kerana pendakwah itu sendiri yang datang kepadanya untuk memohon maaf.
“Seorang pendakwah, Ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah selar saya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial. Pendakwah tau yang datang minta maaf,” katanya.
Seperti sudah dijangka, kenyataan Ifa itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan jawapan diberikan penyanyi itu seolah angkuh dan riak.
Komen Netizen di bawah
Kata netizen, Ustazah Asma’ Harun memohon maaf untuk menjernihkan kembali keadaan dan pertemuan itu hanya kebetulan serta tidak dirancang.