Meraung Kuat Selepas Terjatuh Dari Motosikal Mainan, Asbab Adik Fadzly Ke Syurga Allah

Meraung kuat selepas terjatuh dari motosikal mainan, asbab adik Fadzly ke syurga Allah. Tiada apa lagi saat menyedihkan tatkala diuji dengan kehilangan anak kesayangan. Apatah lagi ia anak yang ditunggu sejak di awal perkahwinan namun Allah mentakdirkan dirinya tumbuh dalam rahim di tahun ke tujuh perkahwinan.

Namun belum sempat melihatnya membesar, Allah menjemputnya sebagai anak syurga. Asbab kematian hanya sedikit iaitu terjatuh dari motosikal mainannya dan kepalanya terhantuk. Kemudian raunganya kedengaran sebelum mula terdiam. Sang ibu ingatkan anak kecilnya sudah berhenti menangis, rupanya ia petanda anak kecilnya sudah dijemput Allah.

Meraung Kuat Selepas Terjatuh Dari Motosikal Mainan, Asbab Adik Fadzly Ke Syurga Allah

Dikongsi dari fb Mr Wan Cai Official pengendali jenazah percuma, dirinya berkongsi perjalanan akhir adik Fadzly,  anak syurga berusia 3 tahun setengah yang meninggal dua hari lalu, 16 Ogos.

Meraung Kuat

Ini perkongsiannya:-

7 tahun menunggu cahaya mata. Anak tunggal pergi menghadap Maha Pencipta. Sayang tidak semestinya memiliki. Redha walau tersakiti.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Jatuh airmata bila seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya. Sebak melihat kasihnya ibu membawa ke syurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui. 10 tahun melayari bahtera perkahwinan. Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Namun kebahagiaan yang hadir terhenti di tengah jalan. Dipanggil pulang setelah 3 tahun 6 bulan dipinjamkan.

Selepas terjatuh dari motosikal

Allahuakbar!

Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik Fadzly. Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya. Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.

Berkemungkinan kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh. Kejadian malang yang menimpa adik Fadzly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.

×
Scroll to Top