Minat Orang Perempuan Tak Sama. Ada Suka Emas, Set Periuk & Simpan Duit. Janganlah Pertikaikan

Sejak akhir-akhir ini, banyak perkongsian tentang kepuasan seorang wanita bila dapat beli emas. Ada sesetengahnya bersetuju ada juga sebaliknya. Seharusnya kita paham yang manusia tidak memiliki kepuasan dan keinginan yang sama seperti orang lain.

Dan yang sebetulnya jika dilihat, ikutlah kemampuan masing-masing. Mungkin cara setiap orang tak sama. Jika ditanya orang yang suka membeli emas, mereka menganggap emas adalah aset untuk mereka bila waktu terdesak.

Bagi yang tak suka menyimpan emas, ada yang akan memilih untuk membeli rumah atau menyimpan duit bagi tabungan pada masa akan datang. Semua cara ini, tak salah kerana diri kita sendiri tahu kemampuan kewangan.

Lagi satu bila ada yang berkongsi suka pergi bercuti atau beli barangan berjenama, kita tak boleh nak pertikaikan. Seharusnya kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Dapat lebih alhamdulillah namun jika tak semewah orang lain tapi cukup makan pakai dan semua keperluan keluarga itu juga nikmat rezeki.Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua dan jangan ada lagi yang mengecam minat setiap individu.

Ada pelbagai cara kita nikmati kepuasan dalam hidup dan semestinya ia tidak sama antara individu. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.

Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.

Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai dan tidak perlu. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi rajin memasak dengan senyuman memanjang.

Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.

Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup ini singkat, dia nak nikmati dunia ciptaan Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Apakah dia salah? Sebenarnya tidak.

Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.

Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.

Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.

Ikut kemampuan diri

Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!

Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah.

Perlu kita terapkan dipikiran bahawa manusia ini dilahirkan dengan naluri dan sikap yang tidak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama.

Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang lain. Haa, yang tu barulah salah..

×
Scroll to Top