PELAKON Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie bakal menjalani proses rehabilitasi berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah selepas ditahan pihak berkuasa pada Khamis lalu.
Program pemulihan yang bakal dijalani pasangan itu termasuk meliputi penilaian psikologi dan sesi kaunseling.
Peguam Nia, Nur Zainab berkata, aktres itu bersama suami serta pemandu peribadi yang dikenali sebagai ZN akan dibawa ke pusat pemulihan pada Ahad.
“Mungkin hari ini akan berangkat ke pusat pemulihan, ” katanya.
Perbezaan ketara pada wajah Nia Ramadhani yang kelihatan semakin cengkung.
Nur Zainab berpendapat pasangan itu layak menjalani program tersebut kerana mereka merupakan ‘mangsa’.
Nia, 31, sebelum ini mengakui mengambil dadah jenis syabu kerana tekanan kerja dan menggunakan sejak lima bulan lalu.
Ardi, 42, pula menyerah diri sejurus Nia ditahan polis dan mengakui sudah lama menghisap syabu secara haram di kediaman mereka.
Nia, Ardi dan pemandu peribadi mereka didakwa di bawah Akta 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Bahagian Narkotik yang mana jika disabit bersalah mereka akan dikenakan hukuman maksimum empat tahun penjara.