PENYANYI dan pelakon era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun sekitar jam 2.15 petang tadi selepas dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.
Menurut kenyataan media Seniman Malaysia, jenazah Allahyarham masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Alam Damai, Cheras untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alam Damai.
Jom sama sama doakan beliau
Pada zaman kegemilangannya, Aman Shah yang bernaung di bawah syarikat rakaman EMI ketika itu terkenal dengan lagu-lagu raya Kepulangan Yang Dinanti dan Adikku Pandai Menari.
Arwah juga pernah membintangi beberapa filem antaranya Darah Satria yang sering disiarkan semula di kaca televisyen setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.