PELAKON dan model Nasha Aziz mendedahkan pernah melarikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa gara-gara perlu memakai bikini.
Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, dia melarikan diri kerana tidak sanggup tampil berbikini yang turut melanggar prinsipnya sebagai seorang model.
“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.
Nasha berkongsi pengalaman selama 30 tahun sebagai model ketika menghadiri pertunjukan fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pelakon wanita ini juga dipilih untuk menjadi muse jenama Muslimah.
Bagaimanapun, Nasha berkata, dengan berpegang teguh pada prinsip dan rezeki, dia masih diberi peluang untuk membuat persembahan tanpa perlu memakai pakaian mencolok pada persembahan bakat itu.
Nasha berkata, pelanggan yang meneliti profilnya masih berminat untuk mengambilnya sebagai model dan membenarkannya memakai pakaian yang lebih sopan untuk sesi uji bakat.
“Ketika itu saya bernaung di bawah agensi milik Puan Seri Tiara Jacquelina dan dia memberitahu klien sudah melihat profil dan berminat untuk saya menyertai mereka.
“Mereka membenarkan saya memakai kemaja-T dan seluar serta memberi bola dan gelung untuk beraksi.
Ketika beraksi di pertunjukan fesyen Muslimah Munawarren.
“Saya buat uji bakat itu dengan bersahaja dan Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya mendapat panggilan diterima membintangi iklan komersial tersebut,” imbaunya.
Sejak itu, Nasha percaya dengan bakat yang dikurniakan kepadanya tanpa perlu melanggar prinsip yang dipegang sepanjang gelarannya sebagai model.
“Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.
“Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya,”
“Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.