Kemelut rumah tangga yang dihadapi pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof bukan lagi satu rahsia. Setiap minggu hantar mesej. Terbaharu,
Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat pada setiap minggu.
Puteri Sarah, 36, berkata, itu antara kekuatannya untuk tidak cepat berputus asa dalam meneruskan kehidupan. Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat dari bapa mertua.
Inilah antara perkara yang membakar semangat Sarah untuk tidak berputus asa dalam hidup.
Sentiasa berdiri teguh Dalam catatan di Instagram Stories, pemilik Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin perbualan dengan Yusof Haslam.
Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu juga memberitahu, dia menerima tawaran berlakon daripada stesen televisyen dan terpaksa ‘outstation’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Yusof Haslam yang juga pengarah dan penerbit terkenal menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah kerana kehadiran Ira Kazar. Puteri Sarah juga mengakui tidak lagi tinggal bersama Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Baca juga : Penyanyi era 1980-an, Aman Shah meninggal Dunia