RESEPI MEE WANTAN KICAP + DUMPLING
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus
CARA-CARA:
-Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
-Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
-Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
-Kukus dalam 5 minit.
-Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
-4 cawan air
-Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
-Bebola ikan
-Dumpling yang telah dikukus
-1/2 kiub ayam knorr
-1 sudu teh lada sulah
-1cm halia | dihiris nipis
-2 sudu besar minyak bawang putih
-Garam secukup rasa
-Daun bawang
CARA-CARA:
-Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
-Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
-Padamkan api.
Bahan mee kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Selamat mencuba
Cara buat jeruk cili:
BAHAN-BAHAN:
- Cili hijau segar
- Balang kaca
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- Cuka makan
Cara Penyediaan:
-masukkan semua bahan kedalam bekas balang dan simpan di dalam chiller dan bole dimakan keesokkannya.