Semakan Akhir Tarikh Bayaran I-Citra Disember Dan Kata Akhir Kelulusan RM 10,000 Secara One Off I-Sayang

Bulan Disember sudah hampir tiba, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan keempat akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Sama seperti i-Sinar, bayaran akan diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Tarikh Pembayaran i-Citra

Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, jika pada bulan November tarikh pembayaran i-Citra jatuh pada tanggal 1 November, maka pembayaran untuk bulan Disember juga akan jatuh pada tanggal 1 Disember nanti. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra

Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:

  1. Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.
  2. Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
  3. Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Semakan Status i-Citra

Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:

  1. Sila ke laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Klik pada butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status permohonan & maklumat pembayaran akan dipaparkan

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:

  1. Sila ke aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  5. Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

×
Scroll to Top