Semakan BKC 2 : Bujang , Miskin Tegar , B40 , M40 Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

Soalan yang sering di tanya mengenai BKC, bagaimana saya boleh membuat semakan status Bantuan Khas Covid-19 (BKC), adakah saya dapat ataupun tidak? Terkini Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan media pada 23 November 2021 memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Khas Covid 19 (BKC) Fasa 2 akan mula dibayar mulai 25 November 2021 (KHAMIS).

Proses pengkreditan Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Apa itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Semakan BKC

Sebagai makluman, semakan status BKC boleh dibuat melalui laman portal khas BKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my/

Untuk membuat semakan status kelulusan BKC melalui portal MyBKC, caranya adalah sebagaimana berikut;

bkc 2

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
  6. Status Permohonan
  7. Amaun Keseluruhan Diterima
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Paparan Borang

Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Untuk bantuan ini, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semak silang bagi penerima akan dibuat melalui data berikut;

 

bantuan khas covid

 

Tarikh dan Jadual Pembayaran BKC Fasa 2

Bayaran BKC fasa 2 akan mula disalurkan mulai 25 November 2021 dengan amaun bayaran berdasarkan jadual di bawah;

  • Isi Rumah (Miskin) – RM500
  • Warga emas bujang / tiada pasangan (Miskin) – RM300
  • Bujang (Miskin) – RM300

Maklumat Pembayaran Fasa 2 BKC

 

Info dan Maklumat Lanjut;

Sebarang info dan maklumat rasmi terkini boleh merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan pengumuman semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Soalan Lazim BKC

Bagaimana cara memohon BKC?

Untuk BKC, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimana Cara Membuat Semakan Status BKC?

Melalui portal BKC;
https://bkc.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran Fasa Kedua BKC?

Mulai 25 November 2021 secara berperingkat

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Jom mohon : Bantuan Awal Persekolahan RM 150 Tahun 2022 Sekarang !

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

×
Scroll to Top