Semakan BKM 2023 Jumlah RM 350 – RM 3000 , Semak Senarai Penerima , Tarikh & Syarat Kelayakan. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.
Oleh itu, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” katanya.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : Lebih 5 Anak
- RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
- RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
- RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
- Tambahan RM500
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian bagi setiap cawangan berdekat di pautan ini Senarai Nombor Telefon Cawangan
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.
Mohon juga :
- [TERKINI] Semak Senarai Penerima Bantuan RM 600 Bulan November
- Bantuan Satu Keluarga RM 500 Ini Telah Dikreditkan
- Terkini ! KWSP Bersasar Bakal Diluluskan – Pengeluaran Melalui Akaun 2
- Bantuan AM RM 350 Setiap Keluarga
- Cara Mohon Bantuan RM 1000 Untuk Rakyat Malaysia
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021