Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan bermula pada bulan Ogos ini.
JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA & JADUAL PEMBAYARAN BKC 2021
Untuk setakat ini, belum ada lagi tarikh tertentu yang diumumkan tentang bilakah tarikh pemberian BKC, namun pengkreditan dijangka pada minggu terakhir bulan Ogos 2021. Sama-sama kita nantikan info dari semasa ke semasa. Pihak kami akan sentiasa melakukan kemaskini terkini jika terdapat info terkini.
Penerima Miskin Tegar
- Isi Rumah: RM1,300
- Warga Emas Sebatang Kara: RM500
- Bujang: RM500
Penerima B40
- Isi Rumah: RM800
- Warga Emas Sebatang Kara: RM200
- Bujang: RM200
Penerima M40
- Isi Rumah: RM250
- Warga Emas Sebatang Kara: RM100
- Bujang: RM100
Jadual Pembayaran BKC:
CARA MEMOHON
Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.
Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021
Golongan M40: Percukaian (LHDNM)
KAEDAH PEMBAYARAN
Kesemua para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:
Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk makluman, segala maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI</>.