Sharifah Rose Suka Lelaki Kacak, Mampu Bimbing & Stabil

Mengakui masih bujang, aktres Sharifah Rose berkata dia sama seperti wanita lain yang mempunyai keinginan untuk memiliki pasangan hidup.

Bagaimanapun, Rose berkata, dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana sibuk dengan kerjayanya.

Mohon juga : Rayuan ditutup minggu depan: Ini tarikh pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh RM600 ~ Mohon Disini Sekarang !

Mohon juga :Cara Semak Bayaran RM 700

Baca juga : Bantuan RM 300 Untuk Budak Sekolah

“Saya masih ‘bujang’ dan tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa. Kalau nak kata lokasi cinta, itu pun tak ada. Selepas penggambaran, saya pulang ke rumah. Saya selesa berkawan. dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis atau krew di set.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Jika ada yang menyangka saya bercinta dengan hero pasangan, itu tidak benar. Prasangka mungkin timbul berikutan keserasian yang kelihatan antara kami,” katanya.

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, dia menerima ketentuan takdir sekiranya jodohnya tiba awal dan inginkan lelaki yang baik, matang dan paling penting tidak mengangkat tangan terhadap wanita.

“Kalau itu takdir yang tertulis, saya terima. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang yang baik-baik. Saya suka lelaki matang, tuan-tuan, kacak, boleh membimbing dan stabil dalam segala hal.

“Dia juga mesti seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah. Paling penting, bukan jenis perempuan yang mudah angkat tangan,” katanya.

Terdahulu, Sharifah Rose menjalinkan hubungan dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza Aazief Khalid, namun mereka berpisah sejak September 2020.

×
Scroll to Top