Tinggal beberapa hari sahaja lagi, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu akan menyambut hari bahagianya bersama pasangan tercinta, Muhammad Sufian Che Isa yang juga Penerbit Eksekutif TV3 pada 16 September ini.
Pastinya debaran begitu dirasai apabila hari perkahwinan bakal menjelma dan persiapan rapi perlu dilakukan sebaik mungkin termasuk penampilan dan kecantikan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Mohammad Syafiq Lokman Hakim di laman TikTok miliknya, kelihatan Mas Idayu sedang mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik.
Dalam video itu, riak wajah Mas Idayu berubah apabila terkejut terhidu bau cecair rawatan yang begitu busuk sehingga menyebabkan dia tidak selesa menjalani terapi itu.
“Apa benda tahi kau letak kat muka aku ini?Apa benda busuk ini, nama dia apa? Jangan rekod la! Ya Allah, aku baru nak kahwin, bau tahi lah muka aku ini. Busuk gila kot!” katanya.
@drsyafiqlokman Apa benda yang dr sapu dekat muka mami tu?? Ini adalah glutathione peel, walaupun bau die agak tak sedap tapi resilt die sgt wow 😂. Sabar ye mami. #drsyafiqlokman #fyp #masidayu #tiktokviral #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ original sound – Mohammad Syafiq Lokman Hakim
Tidak tahan dengan bau cecair itu, doktor ketika itu menjelaskan tujuan dan faedah menggunakan rawatan itu yang dapat menaikkan wajahnya sebagai bakal pengantin.
“Ini adalah glutathion peel yang akan membantu untuk salah satu antioksida kuat yang akan membantu menaikkan seri wajah dan muka lebih bersinar,” ujar doktor tersebut.
Kelakar lah reaksi Mas Idayu!
Baca juga : Yonnyboii Menang Album Terbaik AIM23 , Bawa Pulang RM200,000