Bukan sahaja minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang ditayangkan minggu lalu menjadi bualan ramai di media sosial, malah kesan minggu kedua oleh 13 peserta yang bertanding di atas pentas turut hangat diperkatakan sejak malam tadi. .
Penyanyi, Shila Amzah juga nampaknya menjadi viral di media sosial selepas dia menyanyikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa dan mendapat markah peserta ketiga tertinggi.
View this post on Instagram
Namun bukan sahaja persembahan Shila Amzah menyanyikan lagu tersebut menjadi tumpuan peminat malah kehadiran pelakon, Sharnaaz Ahmad turut membuatkan peserta GV9 itu menjadi viral di media sosial. Mana tidaknya, Kak Lina menyindir kedua-dua selebriti berkenaan supaya Shila Amzah mahupun Sharnaaz Ahmad tidak memerah.
Bagaimanapun, muat naik yang memaparkan reaksi Shila Amzah selepas persembahan di GV9 minggu kedua ini menarik perhatian ramai terhadap reaksi tersebut selepas kehadiran Sharnaaz Ahmad membuatkan mereka menjadi tumpuan dan dalam pada itu, gelagat Shila Amzah yang comel itu turut mendapat pujian ramai.
Video dikongsikan melalui akaun buzzingmalaysia tersebut bagaimanapun membuatkan warganet hadir dengan pelbagai reaksi positif terhadap Shila Amzah kerana dia dikatakan professional menghadapi situasi itu dan cara dia menjawab pertanyaan juga dipuji oleh warganet diruangan komen.