Kemas Kini Maklumat Bank Anda Sekarang Untuk Menerima Bantuan RM 2000

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat yang layak. Ia merupakan sebuah bantuan tahunan yang diberikan daripada pihak kerajaan.

Pada tahun 2021, bantuan ini dinamakan sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pada tahun 2022 digantikan kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia bertujuan untuk meringkan beban kewangan rakyat yang layak dalam menghadapi tahun 2022 ini.

Ia merupakan komitmen kerajaan untuk sentiasa membantu rakyat tatkala susah, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Diharapkan dengan adanya BKM ini mampu membantu rakyat untuk membeli barang keperluan.

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran BKM akan dilakukan sebanyak 4 fasa sehingga penghujung tahun 2022 ini. Dijangkakan bahawa pembayaran pertama akan dilaksanakan pada bulan Mac ini. Manakala, jumlah bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

  • Bayaran bantuan maksimum adalah sebanyak RM 2,000 untuk satu isi rumah yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah.

Pembayaran akan dilaksanakan kepada 3 kategori iaitu

  • Kategori Isi Rumah
  • Kategori Warga Tua / Tiada Pasangan
  • Kategori Bujang

Pembayaran bantuan akan diberikan kepada semua kategori pada bulan Mac iaitu pembayaran Fasa 1.

KEMAS KINI AKAUN BANK

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan kepada penerima sedia ada.

Penerima sedia ada ialah penerima yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan BKC yang lalu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kesemua data penerima ini serta data pemohon BPR yang gagal kerana GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Oleh itu, pihak Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan agar penerima sedia membuat

  • kemas kini termasuk kemas kini akaun bank sekiranya terdapat perubahan

Tetapi jika tiada sebarang perubahan, para penerima tidak perlu membuat kemas kini tersebut.

TARIKH KEMAS KINI

Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa sebarang pengemaskinian maklumat termasuk akaun bank boleh dibuat bermula

  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022
  • Anda perlu kemas kini pada bahagian yang terdapat perubahan sahaja

CARA KEMAS KINI

Berikut ialah panduan yang diberikan untuk membuat kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

  • Layari laman web rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik Log Masuk BKM untuk membuat kemas kini permohonan
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan
  • Setelah berjaya, paparan Kemas Kini Permohonan akan dipaparkan
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruang No.MyKad dan klik butang Semak. Lengkapkan butiran yang bertanda *
  • Setelah selesai, klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  • Isi kod Captcha dan klik Sahkan
  • Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan
  • Pastikan semua maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon tersebut
  • Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  • Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  • Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian Hotline

  • 1-800-2747
  • 03-8882-4565

Mohon juga : Kini Dibuka ! Permohonan Bantuan RM 1400 B40

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Baca juga : 31 Kumpulan Yang Tidak Layak Dapat BKM 2022

×
Scroll to Top