Dalam Belanjawan 2021 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan JKM dalam beberapa kategori seperti berikut.
– Kadar bantuan orang kelainan upaya (OKU) tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
– Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar pula dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
– Kadar Elaun Pekerja OKU pula dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
– Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga
Menurut laporan terkini, kajian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan mendapati Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.
“Ini bermakna, lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini tergolong dalam kategori miskin,” kata Tengku Zafrul.
Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda mungkin layak memohon Bantuan JKM seperti berikut.
Apakah Bantuan JKM?
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
11 Jenis Bantuan JKM Yang Boleh Dimohon & Syarat Kelayakan</b
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5. Bantuan Orang Tua (BOT);
6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11. Tabung Bantuan Segera (TBS).
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
1. Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM
Kadar Bantuan
– Minimum sebanyak RM200 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM1,000 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak (mulai 2021)
Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
2. Elaun Pekerja Cacat
Kadar Bantuan
– RM400 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan
1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
*Jika anda belum mendaftar OKU, sila isi borang INI.
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
Kadar Bantuan
– RM250 seorang sebulan
Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang Kad OKU JKM;
4. Tidak berupaya bekerja.
5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
– Institusi kendalian JKM; atau
– Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
– Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
Kadar Bantuan
– RM500 sebulan seorang (mulai 2021)
Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Mohon Juga : [RASMI] : Kerajaan Umum Bantuan Kewangan RM700 Untuk Semua Golongan B40 Tahun 2021
5. Bantuan Orang Tua
Kadar Bantuan
– RM500 sebulan seorang (mulai 2021)
Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
– institusi kendalian JKM; atau
– pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
6. Bantuan Am Persekutuan
Kadar Bantuan
– RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Syarat Kelayakan
– Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
7. Bantuan Anak Pelihara
Kadar Bantuan
– RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebi
Syarat Kelayakan
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
– Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
– Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
– Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
– Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
– Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
– Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
8. Bantuan Latihan Perantis
Kadar Bantuan
– RM200 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
3 Kes-kes seliaan akhlak; atau
4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
9. Bantuan Geran Pelancaran
Kadar Bantuan
Maksimum RM2,700 sekaligus (one-off)
i>Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Kumpulan sasar JKM;
3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
Kadar Bantuan
– Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
– Contoh alat sokongan:
– Anggota Palsu
– Kerusi Roda
– Alat Bantu Pendengaran
– Alat-alat Keperluan Lain
– Penggantian / Baik Pulih Alat
>Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Kumpulan sasar JKM;
3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
11. Tabung Bantuan Segera
Mohon Juga : Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia Berjumlah RM 471.6 Juta
Kadar Bantuan
Maksimum RM300 sekaligus; atau
(Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan)
Syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2 Kategori kes seperti di Lampiran 1(b); ATAU
3 Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).
Cara Permohonan Bantuan JKM Secara Online & Manual
i) Permohonan Manual
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.
ii) Permohonan Online
Anda juga boleh membuat permohonan Bantuan JKM secara online melalui eBantuan JKM di pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
Klik Daftar dan isikan maklumat dengan lengkap.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :
– salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
– salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
– salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
– salinan penyata gaji (jika ada),
– dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
NOTA:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Borang Permohonan Bantuan JKM
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA) / harianpost
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021