Mawar Karim rancang kahwin – “Umur beza lebih 10 tahun, dia orang biasa je..”

Usahawan selebriti Mawar Karim menafikan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Perlis yang dikenali sebagai Datuk Z.

Menurut laporan Harian Metro, usahawan berusia 33 tahun itu berkata, perkara itu masih dalam perancangan apatah lagi perlu memikirkan penerimaan anak perempuannya

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Wan Maryam mengenai ‘bapa baharu’.

“Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari.
“Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kongsi cerita peribadi di media sosial. Saya kongsi kerjaya saja,” katanya.

Usahawan jenama tudung Fareeda itu berkata, kriteria penting adalah bakal suaminya boleh menerima kehadiran anaknya termasuk dari segi keserasian.

“Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima.
“Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat sumber mendakwa Mawar sudah kembali bergelar isteri dengan melangsungkan perkahwinan di Bukit Tinggi, Pahang pada tiga bulan lalu.

“Mereka (Mawar Karim dan Datuk Z) dah kahwin tiga bulan lalu. Mawar bermadu.” dakwa sumber tersebut.

Terdahulu, Mawar atau nama penuhnya Mawar Abdul Karim berkahwin dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Harian Metro , Instagram Mawar Karim

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Mohon juga : Permohonan Rumah Mampu Milik B40

Mohon juga : Bantuan Lesen Memandu

×
Scroll to Top